Monday, February 7, 2011

Cuti cuti

Posted by Siti Roena at 8:31 AM
Salam,

HARI FIRST
Cuti tahun baru cina baru-baru ni aku p KL. Seawal jam 10 pagi bertolak dari UUM ke Hentian Duta. Sampai d sana, dijemput oleh Cik Misa yang sangat baik hati. Selepas tu kami ke masjid jamek menggunakan motor, pas dari sana terus ke KL sentral. Tengah-tengah jalan 2, hujan pula turun dengan lebatnya. So, terpaksa la kami redah je hujan itu. Dengan keadaan yang basah, kami pun smpai la di KL sentral. Sampai sana, kami berpisah. Memandangkan Misa ada aktiviti lain, so dia xdpt teman kan aq pergi ke destinasi seterusnya. Jadi, aku pun solo-solo la p destinasi seterusnya iaitu ke tempat Cik Emilia iaitu di Bandar Tasik Selatan, di tempat terminal baru. Terminal baru tu, betul2 cantik, lebih-lebih kurang macam KLIA.
Begini la keadaannya meredah hujan
HARI KEDUA
D hari kedua ni kami pergi ke Times Square, ini la tujuan asalku ke KL. Sampai sana jumpa la semua kawan-kawan. Ala-ala reunion kami jumpa. Aktiviti pertama kami makan-makan, lepas 2 p main bowling. lepas 2 semua balik ke tempat masing-masing. Seronok dapat kumpul ramai-ramai, iya la bukan selalu dapat kumpul macam ni. Memang seronok. Tapi macam agak tidak sesuaiii kami jumpa hanya untuk aktiviti itu saja. Lebih tepat lagi, tidak berapa sesuai untuk org jauh macam aq datang hanya untuk aktiviti tu. Harap sangat next meeting, banyak aktivi lagi. Apa-apa pun aq hepi sgt dapat jumpa kawan-kawan yang dirindui..:)
Teman yang dirindui selalu..:)



HARI KETIGA
D awal pagi pada hari ini, memang aq kehilangan mood yang amat sangat @#$%&%$#. Tapi nasib baik Cik Emilia yang cantik lagi baik hati menghiburkan hati gue.hehe. Rancangan awalnya kami nak ke Genting Highlands. Tapi atas sebab-sebab tertentu, plan nak ke sana dibatalkan. So, kami tukar plan lain lak. Memandangkan  Cik Emy teringin nak mandi sungai, jadinya kami pun Google la d internet sungai-sungai yang menarik untuk dikunjungi di sekitar KL-Selangor. Last-last jumpa lak Sungai Congkak, Hulu Langat Selangor. Jadi atas persetujuan ramai kami pun ke sana la. Dengan plan yang tiba-tiba dibuat directly kami terus pergi. Kemas-kemas barang, iya la kami kan nak mandi sungai. Semua keperluan mandi kami bawa la. Baju, seluar, tuala, alatan mandi semua dibawa sekali. Dalam perjalanan ke Sg Congkak, tiba-tiba lak tukar plan lagi. Kami cadang ke Sungai Gabai. Sebenarnya, Sg Congkak sehala dengan Sg Gabai. Sebelum sampai Sg Congkak, kena lalu Sg Gabai. Di atas nasihat seorang kawan, kami pun memilih untuk pergi ke Sg Gabai. Sebab Sg Gabai ada air terjun, Sg Congkak ad sungai jew.Memandangkan  nak mandi air terjun, so kami decide pilih Sg Gabai. Misi seterusnya kami p cari makanan sebab kalau nak g mandi-manda ni mest package sekali berpicnic-picnic. So, makanan mesti maw ad ma. Dijadikan cerita, Cik Emy ni teringin nak makan durian. Jadi kami pun beli la durian. Kami pun pilih-pilih la durian apa yang nak dimakan. Kami pun pilih la durian tu. Terus pacik 2 tetak durian 2, pacik 2 suruh tekan buah 2 lembbut ka tidak. Pas 2 terus pacik 2 pergi timbang durian 2. Durian tu 3kg. Harga sebiji durian 2 dikira berdasarkan beratnya. Sekilo RM12, na 3kg = RM36. Adoina mahal ok!.huhu. Kami kata xnak beli la pacik. Tapi pacik 2 kata da kopek da durian 2. Jadi nak xnak terpaksa la beli dengan hati yang 'hepi'.
Ini Duriannya
Selain durian, menu kami petang 2 keropok, roti, biskut, dan minuman2. Untuk pengetahuan semua, Jalan nak ke Sg Gabai, sangat sempit ya. Jadi hati-hati memandu semasa nak ke sana ya (pesanan penaja). Sesudah melalui jalan yang sempit-sempit itu, ahernya sampai jugak tempat yang dinanti-nantikan. Apabila sampai disana, sangat banyak orang ya. Al-maklum la, semua org tengah cuti. Jadi memang sgt banyak orang ya (ayat xbetul..hehe). Disana ad banyak Level ya. Level 1 konfem penuh, jadi kamipun naik la ke level seterusnya. Eh, macam xsedap lak bunyinya naik kan, tukar-tukar, kami pun mendaki la ke level seterusnya. Lengguh wei kaki mendaki dakun ni..hoho. Tapi lengguh-lengguh pun, hasilnya berbaloi. Cantik!!!. Satu word yg boleh aq gmbarkan air terjun tu.. Terus excited maw mandi (hilang sekejap masalahku).
Ini la air terjun di Level 3 kalo dak silap. Deras ok!!
Malas sudah pulaknya maw tulis lagi, sampai sini jak la..penat maw tulis.Salam







1 comments:

Biey on March 28, 2011 at 3:57 AM said...

amek contest kat blog gue ye.

Post a Comment

 

C.h.E.r.I.T.a.K.u Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by New Baby Shop