Friday, April 15, 2011

Contest Sweet Face & Style Gituuuu

Posted by Siti Roena at 8:53 AM
Salam, thanx to Cik Biey yang tag gue join Contest ni, lama da Cik Biey tag menda ni baru ada peluang nak buat. Buzy la kunun saya ni huhu.. Jadi langkah pertama nak buat, Pilih banner yang buat contest ni. Saya plih yang ni, sebab sweet je pink ( no no saya bukan minat pink, saya minat purple..:) Just click ni kalau nak join ke ape ke..:)

Sebenarnya ikutkan hati nak letak gambar time kecik2 dulu yalah time kecik2 dulu sakan begambar bagai artis, dedah sana dedah sini sendat sana sendat sini, opsssss..hehe (ada hati lak nak wat cam 2, xbaik na..hehe) , tappi bila da baca syarat xleh lak letak gambar time kecik2, mesti letak  gambar semasa. Then dapat lak idea nak letak gambar Passport jadi ala-ala pengawas sekolah gitu, idea tu datang time lalu kedai gambar. Kedai gambarkan banyak letak gambar2 pengawas sekolah , jadi macam teringin nak letak gambar macam tu plak. Tappi malangnya, gambar tu xsesuai lak. Jadi selongkar punya selongkar dapat la gambar sweet dan berstyle gitu (biase2 je gambar ni..huhu)..See





BOoooooooo...hehehe, sopannya gambar alahai ingat hari raya ke?hehehe.. Ya taw la gambar ni tak macam gambar kalian2 yang begaya sakan, yang gambar kalian diambil dari studio (siap lighting sana sini,), siap guna kamera DSLR yang kita semua maklum kualiti gambar 2 memang lawa (ehem, aku guna kamera handphone jew..huhu), yang gamabr kalian siap berposing segala bagai ( aku berdiri tegak sambil pegang jari je..huh) , tappi aq tetap nak letak gambar ni jugak..hehe

Sebabsss (Harus ka letak banyak huruf s. Kan kalau ada huruf s dibelakang maksudnya lebih daripada 1, so disebabkan gue ada 3 reason, napa pilih gambar ni, jadi harus la letak sampai 3 huruf s..hehe).

1. Saya rasa gambar ni SWEET dan STYLE sebab, gambar ni boleh menSWEETkan hati bakal mak mertua kalian-kalian yang tengah masam tanpa perlu berSTYLE lebih-lebih, hehehe (sampai kan  mak mertua ye saya bincangkan, ish matang kan?..hehehe). Kan kebanyakkan yang ikut contest ni belum kawen. So, meh akak nak habaq ni, kalian mesti taw berpakaian seperti ini, confirm bakal mentua korang tgok korang SWEET je, daripada xterima korang terus jadi terima korang dan time tu jugak korang terus dipinang, alahai beruntungnya badan kan kan kan, hehe.. (See dapat da satu petua, menambat hati bakal mertua..hehe..P/s: aq xkawen lagi.hehe)

2. Saya rasa gambar ni SWEET sangat sebab, senyumanku yang dalam keterpaksaan tetap 'SWEET'. Macam mana tu? Kalau kalian nak taw, gambar ni diambil time habis kelas. Time dalam kelas tu, pensyarah saya gtaw  markah midsem kelas saya teruk-teruk, ditambah lagi asement yang kami buat tidak menepati kehendak dan kemahuan beliau tapi beliau amat baik hati bagi peluang dengan kami suh buat semula dan hantar esok waktu pejabat. Jadi otw nak balik tu tengah fikir-fikir la bila nak buat dan macam mana nak buat, sebab esok jadual gue memang sangat padat, memang tengah risau dan runsing-munsing time ni,takut tak sempat nak buat je (ingat keje 2 je nak buat, subjek len ada lagi nak buat dan hantar esok.. huhu.) Tapi bila Kawan cakap,

'Leng satu dua, click'

automatik terus tersenyum terSWEET. hehe. Hm main pointnya, walaupun ada masalah tetap juga senyum bila begambar. So itu kot saya rasa SWEET..hehe

3.Saya rasa gambar ni SWEET dan STYLE, sebab da STYLE saya cam 2 kot, hehe. Ok penerangan xjelas, saya kata cam 2 sebab kebanyakkan gambar saya semua macam ni berdiri tegak (bagai menyayi lagu negaraku, Negaraku tanah tumpahnya......hehe), dan sampaikan adik lelaki saya yang berumur 12 tahun siap kata lagi, 

'Kak Leng ni, balik-balik la pegang jari, macam la jarinya 2 maw lari ba'..hehe..

Jadi kalau saya tengok gambar ni akan mengingatkan saya pada adik saya yang tegur STYLE saya...hehe

Saya tak taw samaada saya dah memenuhi syarat contest ni or x, tapi rasanya da kot. Eh eh belum lagi la, ada satu lagi kena tag kawan-kawan..Ok saya tag mereka (tapi xtaw la sempat ke mereka nak buat..huhu)


Rasa-rasanya dah kot saya follow suma syarat-syaratnya. Tappi xpasti la sempat or x join contest ni sebbaab ari ni  tarikh tutup.Tapi xpe la, join je la..hehe..

Habis da kot.Sekian..:)


  

0 comments:

Post a Comment

 

C.h.E.r.I.T.a.K.u Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by New Baby Shop